Thursday, September 2, 2010

balik kg tersangat awal..maaf

salam aidilfitri buat semua...
mohon ampun dan maaf atas salah dan silap ak pada kamu2 semua...

buat Dr Normaliza di perantauan...
semoga raya di perantauan penuh makna bersama anaknda2 tercinta...
saya skip class tutoriol sastera dalam multimedia untuk jumaat ini Dr..
saya minta maaaf...

selamat...selamat...Hari Raya..
semoga kita berjumpa lagi..
selamat berhari raya...
maaf zahir dan batin.

Wednesday, September 1, 2010

bad bloger

ok..fist2 skali ak nak mintak ampun sangat2 pada individu berkenaan.
then ak tahu, lame sesangat aku da tak coret ape2 kat blog ni.
sume gare2 ak tukar layout baru..
ak kecewa sebab semua yang aku buat da hilang.
ak kecewa..huhuhu
walau ak tahu semua tu boleh build again, ak tetap kecewa...huhuhu.
banyak story2 yang aku lalui ak nak kongsi, tapi stakat di bibir...
maap yer.aku bukan la sorang bloger yang bguih...

aku kagum ngan sahabat aku yang sirang ni..
blog yer mmg chantek n pnuh gajet yg menarik..
tiap2 hari ad je post baru..
dia pandai main ayat..
sume yg di post..ak suke...
walau xbermakne.
ak suke..

~jawapan teka-teki~

ciptaan sendiri...ku mencuba

1. Petang-petang membelah kayu,
binatang apa giginya senjata.

ARNAB (gigi kapak)

2. Dalam batang ada daun,
dalam daun ada isi.
LEMANG

3. Aku sejenis haiwan laut memiliki tanda dipukul dikepala dan namaku gabungan bunga dan anggota badan milik mamalia seperti rusa.
IKAN FLOWERHORN

4. Bila marah keluarkan api,

tapi diriku manis rasanya.
BUAH NAGA

5. Aku makanan atasan,
hijau mudaku,kuning matangku, coklat nazakku.
PISANG

6. Tak diguna badanku kucup,bila hendak diguna,
badanku kembung mencurah bakti keadaan alam..
PAYUNG

7. Bila nak tido, aku dipeluk,
dah terjaga, ak bergelimpangan.
BANTAL PELUK

8. Aku bukan makhluk Tuhan, tapi aku dicipta orang.
badanku hitam, tempatku teratas, dibasuh aku musnah dibuang.
SONGKOK

9. Badan dicipta berbagai rupa, alat tailor kupusing tandakan waktu,beratur angka,mukaku satu.
JAM

10. Badanku keras, isiku cair pelbagai warna, bermata satu tajam atau berbola. kini aku dicipta berkembar pelbagai warna, menlahirkan abjad setiap masa.
PEN

11. Aku bercahaya, hitam badanku, terbang malam merayau saja bersiar-siar.
KELIP-KELIP

12. Di dalam gelap, mataku terang. kaki keatas dan kepala dibawah tidurku.
KELAWAR

13. Dalam beg ada anak, melompat-lompat bukan di Malaysia, kaki dan tangan sama bekerja, bukan manusia bukan juga unta.
KANGGARU

14. Kari apa mengeluarkan bunyi..
KARIPAP

15. Bunga apa tidak boleh dipetik.
BUNGA CORAK KAIN

16.Bunga apa berwarna hitam dan boleh berjalan jauh, boleh bergerak kedepan ke belakang.
BUNGA TAYAR


17. Pisang apa paling mahal antara semua jenis pisang.

PISANG EMAS

18. Binatang apa selalu meraung mintak barang hendak ke sekolah.
KAMBING

19. i banyak lampu malam dan siang.
I-CITY

20. Pantai ape xder air tapi dalam bangunan.
PANTAI TIMUR SHOPPING COMPLEX

21. Badanku, namaku seperti binatang. Rasa badanku masin,lemak-lemak dan berkari. ak dipanggil kuih.
KUIH SIPUT

22. Banyak-banyak kuda yang makan kat padang rumput, ada macam2 warna..adea banyak saiz...lari pun laju-laju..banyak-banyak kuda tu, kuda ape yang orang cari.?
KUDA YANG HILANG

23. Pada suatu hari kamu naik bas, sampai satu bus stop, bas itu berhenti sebab lembu tahan bas. Bas berhenti, lembu terus naik. Bas jalan lagi ke bas stop seterusnya dan berhenti, orang naik kemudian naik?????
NAIK HAIRAN

24. Binatang ape sekejap putih, sekejap hitam.
PINGGUIN YANG BERGOLEK

25. Anda naik bas, dalam bas 2 ada macam-macam binatang dan manusia. tiba-tiba ada yang tekan loceng...bas berhenti, apa yang turun dulu..?
METER BAS
26. Bom apa panas tapi tak berapi, keluarkan air??
BOMBA

27. Tempat tinggal yang manis ape, perlu dibakar , jadi biskut, boleh dimakan, dalam cawan kecil..

BISKUT SARANG SEMUT

28. Satu kenduri berlangsung, semua sibuk dengan kayu. Kayu ni orang guna tok buah tangan kepada tetamu, menumis gulai kat dapur, nama seperti bergula, rasa x seperti gula,datang dari jauh dulu, kini bsudah banyak di Malaysia, ada panjang, ada pendek dan harum baunya. cuba teka, kayu apakah ini...

KAYU MANIS

29. Binatang ape menjual minyak dan tak boleh dekat dengan api.

SHELL

30. Setitis air yang boleh menyala jika dekat dengan punca api. Paling mahal, keluaran Malaysia.
PETRONAS

31. Kera apa pelbagai warna, bergaul dengan ikan dan tumbuh-tumbuhan, boleh dimakan mentah atau dgn nasi.
KERABU

32. Benda ape bila kita duduk dia turun, bila kita baring dia bangun??
KAKI

33. Dalam satu ada macam-macam. yang putih,hitam,coklat,sawa matang,buncit,kurus,tua,muda,tinggi,rendah,macam-macam bahasa. Tapi,macam-macam itu tetap satu...apakah itu...?
SATU MALAYSIA

34. Apa benda dilambung satu, disambut bertambah,dilambung satu berkumpul semua?
BATU SEREMBAN

35. Apa gerangan, jantung diluar badan tapi boleh hidup seperti biasa?
JANTUNG DAN POKOK PISANG


sekian....